Sekadar bersembang-sembang kosong, berkongsi cerita suka duka,minat,antik,dekor,masakan dan apa-apa saja.
Tuesday, 29 May 2012
YANG PALING DISUKAI.....
Di antara koleksi PML antik yang paling saya suka ialah 3 set ros hijau, hitam dan pink ni. Sebabnya.... set hijau amat sukar dicari. Yang ada pun hanya dua teko dan beberapa biji cawan sahaja. Kali pertama ditemui di sebuah kedai apek di Sg Bakap, Seberang Perai dua tahun yang lalu. Itu pun hanya pinggan kuih dan cawan saja. Tahun lepas, baru dapat dua teko tu. Itu pun dah puas hati. Rasanya tak akan dapat lagi yang lain sebab harga sekarang sangat mahal. Tak mungkin akan membeli lagi dengan harga yang tinggi. Set hitam tu pula, masih mudah diperolehi. Kalau setakat pinggan dan piring, di Sg Bakap pun ada lagi tapi teko, memang dah jarang-jarang dapat dilihat terjual di mana-mana. Teko tinggi tu memang sangat rare. Rasanya tak ramai collectors yang ada teko tu. Set pink pula mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak. Emak dan arwah ayah paling banyak membeli set ini dulu-dulu (hujung 60an - awal 70an) tapi semuanya dah tak wujud lagi. Mungkin pada orang lain, tak ada apa istimewanya PML ni, tapi bagi saya, ia salah satu terapi yang dapat mendamaikan minda dan jiwa setelah penat bekerja.
Sweet kann...
Hitam-hitam si tampok manggis, walau hitam ku pandang manis.
Cabbage dan Victorian roses yang 'seciput' saja.
Dalam banyak-banyak cross stitch yang dah dibuat, lima frames ini lah yang paling disayangi. Masa membuatnya dulu, rasa nak tersembul biji mata, punyalah susah. Kesannya sekarang, cermin mata ku dah semakin tebal. Kalau sekarang disuruh membuat semula cross stitch sebegini, tak mungkin akan dapat disiapkan walau 10 tahun lagi.
Cross stitch ini menarik kerana ia seperti perkampungan Melayu tradisional dengan sebuah rumah papan dikelilingi pokok-pokok seakan pokok getah dan sebatang jambatan kayu kecil merintangi anak sungai yang bersih airnya. Pemandangan yang teduh dan sejuk mata memandang.
Pemandangan rumah di tepi tasik ini juga amat menarik. Ia menggambarkan suasana yang mendamaikan dengan burung-burung bebas berterbangan ke sana ke mari.
Gambar ini pula lebih kepada suasana sebuah perkampungan Inggeris di musim panas.
Pemandangan di musim bunga.
Satu-satunya cross stitch bunga yang dibuat. Itu pun sebab ia sejambak bunga ros jepun yang agak unik seperti sebuah lukisan Jepun atau Japanese Art.
Enjoy the pics...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment