Lama betul tak update blog. Kekurangan masa dan tak ada idea nak menulis juga. Hari ni tetiba teringat nak masak-masak pulak. Semalam makan apam polkadot kawan bagi. Sedap!. Maka rindulah pulak nak buat apam polkadot. Tunggu weekendlah jawabnya. Ini resepi yang saya ada, ambil dari blog, lama dah ni. Buat apom ni kadang-kadang lembut. Ada masanya keras sampai boleh baling dinding. Kena selalu buat baru tahu mana silapnya dan adjust sendiri. Terima kasih pada penyumbang resepi. Dari blog mana dah tak ingat.
APAM POLKADOT
275 gm tepung superfine
220 gm gula halus ( saya guna 180g je )
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa
Pewarna yang disukai
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa
Pewarna yang disukai
Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur putih sehingga
kembang .
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian hias dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk
mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana
sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk
anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas
apam dan menyebabkan apam tidak cantik.
No comments:
Post a Comment