Sekadar bersembang-sembang kosong, berkongsi cerita suka duka,minat,antik,dekor,masakan dan apa-apa saja.
Monday, 21 May 2012
LAGI-LAGI ANTIK
Salam...... Hari ni nak cerita pasal lampu antik pulak. Dalam simpanan saya, adalah sepasang lampu ni saja. Buatan Hongkong dan memang betul-betul lama berdasarkan tahun ia dibuat yang tercatat pada kotak asal. Lampu ini belum pernah digunakan. Sememangnya new old stock yang saya beli di
Rope Walk, Penang. Harganya murah je. Kalau bekalan elektrik terputus, bolehlah gunakan lampu ni, cuma tambah minyak gas saja. Cukuplah dua ni rasanya. Lagi pun banyak sangat antik, semak juga. Saya lebih berminat dengan Pinggan Mangkuk Lama (PML) berbanding lampu. Tapi sekarang PML susah nak dapat. Kalau ada pun, terlalu mahal. Dulu kalau pergi Rope Walk, boleh dapat yang murah-murah. Sekarang jangan haraplah. Kalau di Loken, Ipoh lagilah mahal berbanding dulu. Mungkin barang dah sukar diperolehi. Saya pun tak mencari sangat dah. Mamadailah apa yang ada sebagai kenangan mengimbau zaman kanak-kanak. Tapi, kalau kebetulan terjumpa yang memang murah, rembat jugalah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment