Thursday 26 July 2012

HARI KELIMA BERPUASA.


Lama betul tak update blog. Sedar tak sedar, dah lima hari kita berpuasa. Sekejap pulak rasa nya. Bagi kita orang dewasa ni, memang sukakan bulan puasa. Kalau boleh, biar lama pun tak apa. Sayang nak tinggalkan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Tapi lain pula halnya dengan anak-anak kita terutama yang masih bersekolah. Mereka nampak letih tambahan bila cuaca panas. Memang itulah ujian untuk orang yang berpuasa kan. Kelas tu memang senyaplah sedikit kecuali yang bukan Muslim. Senang nak kawal disiplin. Mana yang masih cergas sangat, agaknya tak puasalah tu. Wallahua'lam.

Setakat ini, berbuka dengan menu yang simple-simple saja. Sehingga hari ini, belum lagilah menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Belum berkeinginan bila melihat keadaan yang sesak dek terlalu ramai orang. Jadinya, kenalah ke dapur, buat juadah sendiri. Sedap ke tidak, telan jugalah. Menu saya untuk hari ke 5 berpuasa ni ialah......


Petang ni cuma menggoreng bihun, menebar jala bersama kuah kari lebihan semalam dan juga kuah durian. Buah kurma dah tentu ada dan sampingannya buah tembikai. Memang tak makan nasi lah hari ni. Roti jalanya pucat je, tak sempat nak mewarna bagai, maklumlah, pukul 7.15 baru nak menjala. Esok, nak makan apalah agaknya pulak. Nak tunggu kut dapat ilham dalam mimpi malam ni.....

Selamat berpuasa. Azam untuk diri sendiri, nak mengelakkan pembaziran.

Saturday 21 July 2012

SALAM 1 RAMADHAN

Malam ini bermulalah bulan Ramadhan, bulan yang kita nanti-nantikan kedatangannya. Bergembiralah umat Islam kerana diberi peluang oleh Allah untuk mengumpul sebanyak mana pahala yang dijanjikan selagi termampu oleh kita. Bersama-samalah kita berpuasa menahan lapar dan dahaga yang diwajibkan keatas kita disamping bertadarus, bertahajud, berzikir, bertarawih dan lain-lain yang mana mampu kita kerjakan. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan untuk kita.

Hari ini (Jumaat), rakan-rakan di sekolah masih sempat mengadakan 'pot luck' sempena menyambut puasa. Masing-masinglah membawa aneka juadah sampai tak termakan kerana terlalu banyak. Macam biasa, saya cari yang paling mudah disediakan. Kebetulan ada kawan yang 'request'. Jadinya, inilah yang saya bawa siang tadi. Bahan-bahan memang sedia ada di rumah, so taklah susah membuatnya. Rupa macam selalulah, tak cantik langsung. Rasanya pula, pada saya ok lah tapi kawan-kawan semua suka. Alhamdulillah, habis licin mereka bedal.



Lepas ni, berbungkuslah dulu oven saya. InsyaAllah, seminggu sebelum raya barulah akan beroperasi semula. Masa tu memang akan terlalu aktif lah sebab saya jarang membeli biskut raya atau kek. Kalau beli pun sikit-sikit saja. Selebihnya akan buat sendiri, walau rupanya tak cantik tapi rasanya, family terutama anak-anak suka. Jadi berbaloilah berpenat lelah, bila habis dimakan. Sementara waktu ni, lupakan dulu oven dan segalanya. Yang penting, kelebihan Ramadhan tak boleh disia-siakan.

Selamat mengerjakan ibadah puasa. Semoga amalan kita diterima dan dosa diampunkan olehNya. Aminn.


Tuesday 17 July 2012

SELAMAT DATANG RAMADHAN



Empat hari saja lagi, kita akan menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala tanpa sempadan bagi mereka yang tidak mensia-siakannya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut ganjaran tersebut. Mudah-mudahan kita diampunkan Allah dan segala amalan baik kita diterima olehNya. Aminn...




                                                                Gambar-gambar dari Google.

Tuesday 10 July 2012

JIKA TERJAGA DI TENGAH MALAM......



      
Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah.
 Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah.
 Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa)   walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah.
 Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar,   bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita  bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.