Pagi tadi sempat buat kek marble sebiji. Saya memang suka segala jenis butter cakes ni. Buatnya pun mudah. Yang penting rasanya sedap. Tapi taklah boleh makan banyak-banyak. Takut nanti semakin tepu lemak dalam badan. Jadilah merasa sepotong dua. Ini antara resepi yang saya selalu gunakan:
MARBLE CAKE
Resepi Chef Noraini Zakaria
Bahan-bahan
250 g butter
220 g tepung kek (diayak)
200 gula kaster
50 ml susu segar / cair
4 biji telur (size A)
1 st esen vanilla
secubit garam
sedikit coklat emulco
1 sb serbuk koko
Cara-cara
1. Putar butter dan gula kaster sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla ke dalam adunan
3. Senduk tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan diselang seli dengan susu sehingga habis
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian; 1 adunan dicampur dengan serbuk koko dan coklat emulco
5. Tuang kedalam tin pembakar secara berselang seli.
6. Bakar pada kepanasan 150C
Belangnya tak cantik sebab nak cepat siap. Main hentam saja.
mmg best la kek acik bt...lembut dan gebuuu...
ReplyDeleteKlu nak mkn kek acik bt lg,jmput le singgah ke SMKAI tp kna tel dlu.
Deleteti ada peluang mmg nk g sne..ti tel acik..hihihi...rindu kat acik dan kek2 yg yummmm yummm sedap!!!
ReplyDelete