Friday, 18 May 2012

MAKAN-MAKAN PETANG JUMAAT......

Kalau dah namanya hobi, asyik itulah yang dibuat. Hari ni membaking lagi. Kali ni buat kek cheese pulak. Bawa ke sekolah untuk makan-makan dengan kengkawan. Pada saya, sedaplah. Lepas hajat nak makan cheese cake. Satu-satunya kek yang disukai anak kat rumah ni. Kalau yang lain tu, dia tak sentuh pun. Yang ini, sebelum ke masjid tadi pun dia dah ngap dua potong besar. Resepinya dapat dari sebuah buku masakan lama yang ada dalam simpanan. Tapi ada juga dalam blog penyumbang-penyumbang resepi seperti Alma, Koleksi Resepi Diana dan lain-lain.


Gambar je yang tinggal. Kek nya dah habis pun.


BLUEBERRY COTTON CHEESE CAKE.

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
- Cairkan atas api kecil secara double boiler. Sejukkan. 

 Bahan B
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
secubit garam
60gram tepung superfine /  tepung kek
20g tepung jagung.
 - Satukan semuanya. Kemudian gaul dengan Bahagian A menggunakan senduk.
Bahan C 
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
 Satu sudu teh jus lemon.
- Pukul telur dan jus lemon dulu sebentar. Selepas tu masukkan gula dan pukul sampai bertanduk.
Campurkan bahan C dan gabungan A dan B tadi secara kaup balik. Lapik acuan yang bersesuaian dengan baking sheet atau kertas minyak. Griskan juga sekeliling acuan. Tuang adunan dan bakar secara water-bath agak-agak sejam atau sampai masak pada 160 degrees C.

Dah masak, sejukkan. Letaklah topping blueberry atau strawberry.



Resepi ni pulak dari internet sumbangan Sue-Hasue. Pernah buat beberapa kali. Memang jadi dan sedap.Thanks Sue-Hasue.

LIGHT CHEESE CAKE
Sumber : Sue-Hasue


Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue.
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan.
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie
.





4 comments:

  1. Trima kasih acik 4 resepi... skrg daa xdapat merasa kek acik buat///..hohoho!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tndanya, kna k dpur cuba buat sndiri pula. Pastu, pos ckit ke sini.

      Delete
  2. ti ada masa nk buat...acik follow resepi ni jela yer??? nk try bt..mau bjaya macam acik...hihi

    ReplyDelete
  3. Buatlah. Klu ikut steps btul2 insyaAllah jadi.

    ReplyDelete