Wednesday 30 May 2012

MINAT MEMBACA?


Jika ada sesiapa yang gemar membaca buku berbentuk ilmiah, cuba dapatkan yang ini. Mungkin ramai yang dah memilikkinya sebelum saya. Buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT memang dah lama dalam simpanan. Ia mengandungi panduan fardhu 'ain yang sangat lengkap beserta gambar sekali.Bahasanya juga mudah difahami. Memang amat sesuai untuk rujukan jika menghadapi kemusykilan dalam amalan kita. Buku 'JANGAN ASAL SOLAT' ini ada masanya mengena diri saya sendiri. Tambahan kalau hari bekerja, terkejar-kejar. Solat pun nak cepat saja. Buku ini dibeli beberapa bulan yang lalu di Popular Book Store. Banyak mengandungi soal jawab tentang solat. Ada juga huraian-huraian penting. Pada saya, ia ilmu yang sangat bermanafaat kepada kita. Bukan nak promote buku tapi sekadar mahu berkongsi ilmu.





                                     Sinopsis di belakang buku JANGAN ASAL SOLAT.

No comments:

Post a Comment