Friday, 25 May 2012

AKTIVITI AWAL PAGI TADI



Salam Jumaat. Hari ni selesai solat Subuh, terus masuk dapur mengodek adunan kek. Nak bawa ke sekolah untuk 'pot luck' dan juga jamuan perpisahan dengan guru-guru praktikal UPSI. Kelam kabut juga dibuatnya, mana nak masak nasi lagi. Mujurlah, lauk dah ada, tinggal memanaskan saja. Selesai semua kerja dapur, bergegas pulak ke rumah jiran yang nak kenduri kahwin esok. Saja lah menjengok dan menolong apa yang patut. Balik rumah dalam pukul 12.15 macam tu, terus memotong kek sebab nak tengok jadi elok ke tidak. Ni lah hasilnya. Boleh tahan juga Kek Coklat Keju ku ini. Sapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri kann.........




No comments:

Post a Comment