Thursday, 31 May 2012

BUAH TANGAN


Awal pagi esok nk ke KL. Jadi malam ni, sempatkan jugak lah membakar kek cheese nak dibuat buah tangan ke sana nanti. Masak saja terus dipotong sikit sebab anak nak makan. Sempatlah ambil gambar sekejap. Bukannya apa pun, bila buat sesuatu, hati gembira kalau ia menjadi. Ada juga masanya tak jadi elok. Masa tu frust bukan main lagi. Disumbat ke cik tong lah jawabnya. Resepi seperti yang dah diletak dalam N3 yang lepas. Dua tiga hari ni, tutup dululah blog ni. Tuan rumah tak ada. Jadi, jom cuci mata tengok gambar kek yang tak seberapa ni.


           Tak rata lah pulak tepi kek ni, berlapis-lapis sebab masa dikeluarkan dari acuan, ia panas lagi. Mujur sedap juga rasanya walau rupa tu hudoh sangat.

Wednesday, 30 May 2012

UDANG GORENG TEPUNG



 Untuk hidangan petang tadi, ringkas saja. Atas permintaan anak sebab dia sorang je yang makan. Mak ayah tak makan pun coz udang kan banyak kolesterol. Jadilah merasa seekor seorang. Resepi ambil dari blog JintanManis cuma alter sikit-sikit. Resepi beliau selalunya tepat dan mejadi. Sedap dimakan ketika panas.






MINAT MEMBACA?


Jika ada sesiapa yang gemar membaca buku berbentuk ilmiah, cuba dapatkan yang ini. Mungkin ramai yang dah memilikkinya sebelum saya. Buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT memang dah lama dalam simpanan. Ia mengandungi panduan fardhu 'ain yang sangat lengkap beserta gambar sekali.Bahasanya juga mudah difahami. Memang amat sesuai untuk rujukan jika menghadapi kemusykilan dalam amalan kita. Buku 'JANGAN ASAL SOLAT' ini ada masanya mengena diri saya sendiri. Tambahan kalau hari bekerja, terkejar-kejar. Solat pun nak cepat saja. Buku ini dibeli beberapa bulan yang lalu di Popular Book Store. Banyak mengandungi soal jawab tentang solat. Ada juga huraian-huraian penting. Pada saya, ia ilmu yang sangat bermanafaat kepada kita. Bukan nak promote buku tapi sekadar mahu berkongsi ilmu.





                                     Sinopsis di belakang buku JANGAN ASAL SOLAT.

Tuesday, 29 May 2012

MEE REBUS



Anak request minta buatkan malam tadi. Tak kuasalah maknya, masak benda renyah macam tu malam2 hari. So, tengahari tadi, buat jugalah seperti diminta. Resepi campak-campak je. Jadilah, untuk makan sendiri. Jomlah, makan mee rebus. Entah apalah rasanya ye...


                             

YANG PALING DISUKAI.....



Di antara koleksi PML antik yang paling saya suka ialah 3 set ros hijau, hitam dan pink ni. Sebabnya.... set hijau amat sukar dicari. Yang ada pun hanya dua teko dan beberapa biji cawan sahaja. Kali pertama ditemui di sebuah kedai apek di Sg Bakap, Seberang Perai dua tahun yang lalu. Itu pun hanya pinggan kuih dan cawan saja. Tahun lepas, baru dapat dua teko tu. Itu pun dah puas hati. Rasanya tak akan dapat lagi yang lain sebab harga sekarang sangat mahal. Tak mungkin akan membeli lagi dengan harga yang tinggi. Set hitam tu pula, masih mudah diperolehi. Kalau setakat pinggan dan piring, di Sg Bakap pun ada lagi tapi teko, memang dah jarang-jarang dapat dilihat terjual di mana-mana. Teko tinggi tu memang sangat rare. Rasanya tak ramai collectors yang ada teko tu. Set pink pula mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak. Emak dan arwah ayah paling banyak membeli set ini dulu-dulu (hujung 60an - awal 70an) tapi semuanya dah tak wujud lagi. Mungkin pada orang lain, tak ada apa istimewanya PML ni, tapi bagi saya, ia salah satu terapi yang dapat mendamaikan minda dan jiwa setelah penat bekerja.


                                                                                       Sweet kann...

                           Hitam-hitam si tampok manggis, walau hitam ku pandang manis.

                                              Cabbage dan Victorian roses yang 'seciput' saja.



Dalam banyak-banyak cross stitch yang dah dibuat, lima frames ini lah yang paling disayangi. Masa membuatnya dulu, rasa nak tersembul biji mata, punyalah susah. Kesannya sekarang, cermin mata ku dah semakin tebal. Kalau sekarang disuruh membuat semula cross stitch sebegini, tak mungkin akan dapat disiapkan walau 10 tahun lagi.


Cross stitch ini menarik kerana ia seperti perkampungan Melayu tradisional dengan sebuah rumah papan dikelilingi pokok-pokok seakan pokok getah dan sebatang jambatan kayu kecil merintangi anak sungai yang bersih airnya. Pemandangan yang teduh dan sejuk mata memandang.


Pemandangan rumah di tepi tasik ini juga amat menarik. Ia menggambarkan suasana yang     mendamaikan dengan burung-burung bebas berterbangan ke sana ke mari.

          Gambar ini pula lebih kepada suasana sebuah perkampungan Inggeris di musim panas.

                                                      Pemandangan di musim bunga.


 Satu-satunya cross stitch bunga yang dibuat. Itu pun sebab ia sejambak bunga ros jepun yang agak unik seperti sebuah lukisan Jepun atau Japanese Art.

Enjoy the pics...



Sunday, 27 May 2012

PENINGKATAN USIA...



Hari ni bertambahlah setahun lagi usia saya. Sekejap saja berlalu tahun demi tahun. Bekalan?........entahlah, terasa masih kosong lagi. Hanya doa yang mampu dipohon setiap hari agar segala amalan dan kebaikan jika ada, diberi ganjaran berganda oleh Allah.
Tiada apa yang istimewa pun pada hari ini. Keadaannya sama seperti hari-hari biasa yang lain. Cuma di awal pagi, anak di Selangor called untuk wish mak dia begitu juga yang di rumah ni. Hadiah pula, jangan tak ada, satu saja dan diberi awal-awal lagi. Pagi tadi buat laksa saja sebab anak teringin nak makan. Tengahari pergi kenduri. Jadinya hidangan petang cuma laksa dan sepotong fruit cake bersama minuman. Tak buat atau beli kek ke apa.. sebab dah selalu sangat buat kek, dah tak lalu nak makan. Dinner pula, anak dan ayahnya ajak makan di luar, so maknya gantung periuklah malam ni.


                                          Minum petang....Cakes tu pemberian orang saja.


                                                                                Dinner di luar.

Saturday, 26 May 2012

SELAMAT HARI LAHIR


 


Selamat Hari Lahir buat seorang teman/sahabat/kakak yang sangat istimewa yang pernah wujud dalam hidup saya. Bukan senang nak mencari teman yang boleh berkongsi segala cerita suka-duka,
pendengar yang setia, pakar motivasi, juru runding dan sebagainya. Bila dah umur meningkat ni, selalu pulak bercerita tentang bermacam-macam tips kesihatan. Kadang-kadang tu rasa lebih pandai dari doktor! Mudah-mudahan akan dilimpahi oleh Allah dengan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan hidup yang diberkati selalu..Aminnnn.
Khas untuk Kak Mah, SELAMAT HARI LAHIR.

Friday, 25 May 2012

AKTIVITI AWAL PAGI TADI



Salam Jumaat. Hari ni selesai solat Subuh, terus masuk dapur mengodek adunan kek. Nak bawa ke sekolah untuk 'pot luck' dan juga jamuan perpisahan dengan guru-guru praktikal UPSI. Kelam kabut juga dibuatnya, mana nak masak nasi lagi. Mujurlah, lauk dah ada, tinggal memanaskan saja. Selesai semua kerja dapur, bergegas pulak ke rumah jiran yang nak kenduri kahwin esok. Saja lah menjengok dan menolong apa yang patut. Balik rumah dalam pukul 12.15 macam tu, terus memotong kek sebab nak tengok jadi elok ke tidak. Ni lah hasilnya. Boleh tahan juga Kek Coklat Keju ku ini. Sapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri kann.........




Thursday, 24 May 2012

KEK MARBLE


Pagi tadi sempat buat kek marble sebiji. Saya memang suka segala jenis butter cakes ni. Buatnya pun mudah. Yang penting rasanya sedap. Tapi taklah boleh makan banyak-banyak. Takut nanti semakin tepu lemak dalam badan. Jadilah merasa sepotong dua. Ini antara resepi yang saya selalu gunakan:

MARBLE CAKE
Resepi Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan

250 g butter
220 g tepung kek (diayak)
200 gula kaster
50 ml susu segar / cair
4 biji telur (size A)
1 st esen vanilla
secubit garam
sedikit coklat emulco
1 sb serbuk koko


Cara-cara

1. Putar butter dan gula kaster sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla ke dalam adunan
3. Senduk tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan diselang seli dengan susu sehingga habis
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian; 1 adunan dicampur dengan serbuk koko dan coklat emulco
5. Tuang kedalam tin pembakar secara berselang seli.
6. Bakar pada kepanasan 150C

Belangnya tak cantik sebab nak cepat siap. Main hentam saja.

ALA-ALA WESTERN........



Siapa lagi kalau bukan anakku.... Asal pukul 10.00 malam ke atas, mesti minta makan lagi. Dinner pukul 8.00 tu dah semestinya. Malam ni, dia minta pasta. Makanan disukai western food, tapi suruh cakap orang putih, terkial-kial. Apa lagi, masak pun main campak-campak saja. Jam 10.30 malam dia melantak second round. Habis sepinggan penuh. Hairan betul, tak kenyang-kenyang tapi saiz badan kecil saja. Kita ni sekadar merasa sikit-sikit je. Kalau ikut cara makan dia, hancur, mesti sebesar tong jadinya.




Monday, 21 May 2012

LAGI-LAGI ANTIK



Salam...... Hari ni nak cerita pasal lampu antik pulak. Dalam simpanan saya, adalah sepasang lampu ni saja. Buatan Hongkong dan memang betul-betul lama berdasarkan tahun ia dibuat yang tercatat pada kotak asal. Lampu ini belum pernah digunakan. Sememangnya new old stock yang saya beli di
Rope Walk, Penang. Harganya murah je. Kalau bekalan elektrik terputus, bolehlah gunakan lampu ni, cuma tambah minyak gas saja. Cukuplah dua ni rasanya. Lagi pun banyak sangat antik, semak juga. Saya lebih berminat dengan Pinggan Mangkuk Lama (PML) berbanding lampu. Tapi sekarang PML susah nak dapat. Kalau ada pun, terlalu mahal. Dulu kalau pergi Rope Walk, boleh dapat yang murah-murah. Sekarang jangan haraplah. Kalau di Loken, Ipoh lagilah mahal berbanding dulu. Mungkin barang dah sukar diperolehi. Saya pun tak mencari sangat dah. Mamadailah apa yang ada sebagai kenangan mengimbau zaman kanak-kanak. Tapi, kalau kebetulan terjumpa yang memang murah, rembat jugalah....




Saturday, 19 May 2012

CERITA DAPUR LAGI


 Ada kawan tanyakan resepi kek pisang. Saya selalu buat ikut resepi yang saya dapat dari
Buku Resepi Keluarga terbitan Pena Sdn Bhd,1983. Lama betul dah buku ni, tapi banyak resepinya yang saya suka.Pada saya ok lah resepi ni. Ia menggunakan butter dan bukan minyak masak atau minyak jagung. Ada banyak juga resepi yang menggunakan minyak jagung sahaja dan tentu ia lebih healthy. Tapi belum pernah saya buat, malah tak ada menyimpan resepinya pun.Kat sini saya letakkan resepi yang saya selalu gunakan.


                                                Gambar dari buku, tak jelas sebab dah lama.


KEK PISANG

Bahan-bahan:

200 gram mentega
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
8 biji pisang emas masak  yang dilecek
5 biji telor ayam
1 sudu teh bicarbonate of soda
esen pisang atau esen vanilla


Cara-caranya:

Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Kemudian masukkan telor satu persatu. Pukul lagi hingga sebati. Campurkan pisang lecek beserta esen dan gaul rata. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama soda secara kaup balik. Griskan acuan, masukkan adunan dan bakar. Simple sajakan.

Walaubagaimanapun, kek pisang ni saya sekadar makan sikit-sikit kerana tidak begitu menggemarinya. Buat untuk suka-suka saja dan bagi keluarga makan. Lain orang, lain seleranya kan.

Friday, 18 May 2012

MAKAN-MAKAN PETANG JUMAAT......

Kalau dah namanya hobi, asyik itulah yang dibuat. Hari ni membaking lagi. Kali ni buat kek cheese pulak. Bawa ke sekolah untuk makan-makan dengan kengkawan. Pada saya, sedaplah. Lepas hajat nak makan cheese cake. Satu-satunya kek yang disukai anak kat rumah ni. Kalau yang lain tu, dia tak sentuh pun. Yang ini, sebelum ke masjid tadi pun dia dah ngap dua potong besar. Resepinya dapat dari sebuah buku masakan lama yang ada dalam simpanan. Tapi ada juga dalam blog penyumbang-penyumbang resepi seperti Alma, Koleksi Resepi Diana dan lain-lain.


Gambar je yang tinggal. Kek nya dah habis pun.


BLUEBERRY COTTON CHEESE CAKE.

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
- Cairkan atas api kecil secara double boiler. Sejukkan. 

 Bahan B
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
secubit garam
60gram tepung superfine /  tepung kek
20g tepung jagung.
 - Satukan semuanya. Kemudian gaul dengan Bahagian A menggunakan senduk.
Bahan C 
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
 Satu sudu teh jus lemon.
- Pukul telur dan jus lemon dulu sebentar. Selepas tu masukkan gula dan pukul sampai bertanduk.
Campurkan bahan C dan gabungan A dan B tadi secara kaup balik. Lapik acuan yang bersesuaian dengan baking sheet atau kertas minyak. Griskan juga sekeliling acuan. Tuang adunan dan bakar secara water-bath agak-agak sejam atau sampai masak pada 160 degrees C.

Dah masak, sejukkan. Letaklah topping blueberry atau strawberry.



Resepi ni pulak dari internet sumbangan Sue-Hasue. Pernah buat beberapa kali. Memang jadi dan sedap.Thanks Sue-Hasue.

LIGHT CHEESE CAKE
Sumber : Sue-Hasue


Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue.
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan.
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie
.





Thursday, 17 May 2012

HOBI KU LAGI.....



I love flowers, any kind and any type.. Flowers always brighten up the home. Arranging flowers is one of my hobbies too and of course I enjoy doing it very much. But I don’t have the talent to do them professionally. I just do simple flower arrangements and for me, they are stunning too. I just buy loose stems and flowers and then arrange or bunch them up together in my vases. I buy artificial flowers only because it’s easy and inexpensive. I do love fresh flowers  sometimes, especially during festive season but cannot afford to have them due to the expensive price. So, these are some of the flower arrangements that I have to match my home decoration. Macamlah cantik sangat! Walhal, gubahan kampung-kampung je. Sambil pejam mata pun, orang lain boleh buat lagi cantik-cantik kann....... Jadilah, bila buat sendiri, tak cantik mana pun, hati tetap puas.

                                             I love the deep purple colour combined with the white ones


             I bought these flowers many many years ago. Setahun sekali I akan basuh dan gubah semula.




                                                     My simple flower arrangements.

Wednesday, 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik dan rakan-rakan guru di mana jua anda berada. Profession  perguruan sekarang memang amat mencabar dengan bebanan kerja yang tidak pernah berkurang, penggunaan teknologi IT dalam serba serbi selain menangani segelintir pelajar yang bermasalah disiplin. Ada masanya memang perlu kesabaran tinggi ketika menjalankan tugas. Terima kasih pada yang menghantar ucapan SMS yang tak putus-putus tiba. Bermacam-macam kata-kata yang dikirim. Seronok pulak membacanya. Thanks again. Terima kasih juga pada anak-anak didik yang memberi cenderahati. Walau kecil sekali pun tetap tinggi nilainya di hati cikgu, TQ.




Antara cenderahati dari murid-murid.

PET CATS


Both my sons love cats, kalau boleh nak bela kat rumah. But my husband hates them especially when they come to sit close to you when you have your meals. Dia cakap, bagi makan kucing kat belakang dapur tak apa. Jangan sesekali bawa masuk ke kawasan rumah. My eldest son selalu cakap terlalu besar pahalanya membela kucing dan memberi makan kucing terbiar. Duduk rumah taman ni memang kena jaga betul-betul kalau nak bela kucing terutama tempat buang najis nya.  Kenapa tiba-tiba cerita pasal kucing ni? Sebab tertengok gambar kucing-kucing kiut-miut ni…..  
 


                                               Gambar ehsan catspictures.com





                               Kalau dapat kucing yang demand macam ni, tak jadilah bela kucing.