Thursday, 26 July 2012

HARI KELIMA BERPUASA.


Lama betul tak update blog. Sedar tak sedar, dah lima hari kita berpuasa. Sekejap pulak rasa nya. Bagi kita orang dewasa ni, memang sukakan bulan puasa. Kalau boleh, biar lama pun tak apa. Sayang nak tinggalkan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Tapi lain pula halnya dengan anak-anak kita terutama yang masih bersekolah. Mereka nampak letih tambahan bila cuaca panas. Memang itulah ujian untuk orang yang berpuasa kan. Kelas tu memang senyaplah sedikit kecuali yang bukan Muslim. Senang nak kawal disiplin. Mana yang masih cergas sangat, agaknya tak puasalah tu. Wallahua'lam.

Setakat ini, berbuka dengan menu yang simple-simple saja. Sehingga hari ini, belum lagilah menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Belum berkeinginan bila melihat keadaan yang sesak dek terlalu ramai orang. Jadinya, kenalah ke dapur, buat juadah sendiri. Sedap ke tidak, telan jugalah. Menu saya untuk hari ke 5 berpuasa ni ialah......


Petang ni cuma menggoreng bihun, menebar jala bersama kuah kari lebihan semalam dan juga kuah durian. Buah kurma dah tentu ada dan sampingannya buah tembikai. Memang tak makan nasi lah hari ni. Roti jalanya pucat je, tak sempat nak mewarna bagai, maklumlah, pukul 7.15 baru nak menjala. Esok, nak makan apalah agaknya pulak. Nak tunggu kut dapat ilham dalam mimpi malam ni.....

Selamat berpuasa. Azam untuk diri sendiri, nak mengelakkan pembaziran.

5 comments:

  1. Rajinnya menjala dah nak masuk waktu macam tu...

    ReplyDelete
  2. yummmm yummmm sedapnyaaa!!!.. air tangan acik masak semua bestt!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh lah sini, kita berbuka sama2. Acik serius ni...

      Delete
  3. Naim, lama tak buka cerita baru ni...mesti sibuk buat biskut raya, ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada biskut2 pun. Hari2 tak berapa sihat. Tak ada mood nak buat apa2 lagi.

      Delete