Friday, 6 July 2012

SEMINGGU LEBIH MENYEPI.....


Sebenarnya bukanlah kerana dah jemu berblog tapi sebab kekeringan idea selain dari keletihan setiap hari. Malam ni, cuba juga merajinkan diri mencatat serba sedikit agar blog tak terus tutup. Memang diakui, saya ni jenis yang 'hangat-hangat tahi ayam' juga.

Nisfu Sya'aban dah berlalu, bererti semakin hampir tibanya bulan Ramadhan. Walau puasa nya belum lagi tapi di tempat kerja, dah ada bermacam jenis sample biskut raya untuk tempahan. Ramailah yang dah mula mengorder itu ini untuk hari raya. Masing-masing mencari rezeki yang halal, walau cuma setahun sekali tapi hasil nya amat lumayan. Bila tengok samples yang ada tu, teringin pula nak makan biskut raya. Balik rumah, apa lagi teruslah mencari bahan. Setelah digodek-godek, jadilah biskut nya. Walau cuma satu adunan, dapat juga dalam 100 keping lebih. Kebetulan anak sulung memang gemar sangat makan biskut ni. Jadi, sebahagian diberi pada dia, jamu kawan kerja sedikit, selebihnya masuk perut sendiri. Sorok terus weighing scale, takut kg mencanak naik.





Rupanya tak cantik langsung sebab buat pun campak-campak saja tapi rasa boleh tahan pada selera saya. Rangup, krupp! krupp!. Berbanding Famous Amos Choc Chips tu, saya lebih gemar yang ini sebab kurang manis. Maklumlah, kita boleh adjust sendiri gulanya. Ada banyak resepi cookies ni di internet. Tapi saya paling suka yang dihasilkan oleh En. Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan tu. Sumber asal dari Rima. Terima kasihlah pada kedua-dua mereka sebab share resepi ni. Cuma selalunya saya tokok atau kurangkan bahan sana sini ikut selera saya. Hasil tangan mereka, jauh lebih baiklah. Ni resepi nya, diambil dari blog En. Mat (minta izin ye). Thanks again.

BISKUT COKLAT CHIPS

Bahan-bahannya:

250 gram mentega
150 gram gula perang @ soft brown sugar
3 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha oil (boleh beli dikedai baking)
120 gram coklat chip
100 gram gajus, panggang dan cincang kasar
50 gram badam, panggang dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 camca teh baking powder*
350 gram tepung gandum*
15 gram serbuk koko*(*disatukan dan diayak)
Secubit garam halus


Cara-caranya:

Putar mentega dan gula perang hingga gebu, masukkan kuning telur, satu persatu dan putar rata, tambah esen vanilla, garam dan mocha oil. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan kelapa kering, gajus dan badam serta coklat chip, putar hingga semua rata.

Ambil kurang lebih 1/2 camca besar adunan, bulat2kan dan susun dalam dulang pembakar, kemudian tekan sedikit dengan garfu. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Saya belum pernah menggunakan kelapa kering tetapi saya ganti dengan oat kisar atau nestum.Saya juga selalunya hanya menggunakan sebiji telor. Ikut je lah yang mana suka.

Resepi lain yang best boleh diperolehi dari Doc Inahar yang beliau dapat dari Noraina Ali.. Terima kasih sudi share. Bolehlah cuba salah satu jika berkenan di hati atau cara yang paling mudah ialah 'order' or 'tunjuk' saja, dah tentu rupanya cantik-cantik.

Best Ever Chocolate Chip Cookies 

Ingredients

1 cup butter, softened
1 cup white sugar
1 cup packed brown sugar
2 eggs
2 teaspoons vanilla extract
2 cups all-purpose flour
1 cup ground oatmeal
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
11/2 cups semisweet chocolate chips
1 cup chopped almond

Directions

Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).

Sift the flour with baking soda. Set aside.Cream together the butter, white sugar, and brown sugar until smooth. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. Add salt. Stir in flour & ground oatmeal, chocolate chips, and nuts. Drop by large spoonfuls onto ungreased pans. The batter will be quite thick and easier for you to to shape the cookies to a smaller or bigger size.

Bake for about 15 minutes in the preheated oven, or until edges are nicely browned.

2 comments:

  1. Salam, saya ingatkan dah terhilang password lagi sebab tengok rumah blog lama tak bertambah isi baru... Okaylah sesekali mengepost berita agar tak lah bersawang rumah bila orang jenguk, Naem.

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Password blog, insyaAllah ingat kot. Tapi password fb mmg dh lupa. Klu ada org lain tolong sign out, mmg x tau dah nk cari mana.

    ReplyDelete