Dah bersawang nampaknya blog ku ini. Dua minggu lebih tidak dipedulikan. Tak ada apa yang hendak diceritakan pun. Putaran jam di bulan puasa ini pula terasa sangat pendek dan berlalu dengan pantas sekali. Baru saja lepas bersahur, tau2 dah senja. Beberapa hari ni, demam selsema dan batuk melanda. Sepanjang masa badan terasa letih dan mata asyik nak terlelap. Lagilah malas dibuatnya. Hidung asyik tersumbat, tak puas bernafas. Jadinya, masak pun malas, apa lagi nak membuat kuih raya. Kelmarin dulu, ini saja hidangan yang larat dimasak. Paling simple, main campak-campak saja. Untuk makan diri sendiri, kebetulan hbby berbuka di surau.
Bihun sup paling ringkas dan kurang bahan.
Semalam, pertama kali menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Pertama kali juga membeli juadah berbuka sepenuhnya dari lauk, kuih sehingga ke minuman. Tapi, bila berbuka tak habis dimakan pun. Tak semua sesuai dengan selera kita selain dari duit yang banyak habis untuk membeli. Mujurlah, belakang rumah ada banyak kucing, jadi tak lah dibuang semuanya. Lauk pauk tu jadi rebutan kucing pula. Hari ini, walau malas dan tak sihat, tetap akan memasak sendiri juga.
Tinggal lapan hari lebih kurang saja lagi kita berpuasa. Ramadhan sudah menuju ke penghujungnya. Terasa sayang dan sayu di hati bila Ramadhan hampir berlalu pergi. Inilah bulan yang sangat istimewa yang hanya kita lalui setahun sekali sahaja. Malam-malam terakhir Ramadhan ini adalah waktu yang sangat makbul doa kita jika dipohon dengan ikhlas beserta amal ibadat dan diizinkan oleh Allah. Malam Lailatul Qadar amat dinanti-nantikan. Mudah2an kita sama-sama mendapat ganjaran istimewa di malam tersebut. Moga dipanjangkan juga umur kita dan dikurniakan kesihatan yang baik sehingga ke Ramadhan di tahun-tahun akan datang, aminn.......
Jadi, untuk lapan hari terakhir ini, harapnya sihatlah tubuh badan untuk mengisi waktu-waktu yang amat bermakna bagi seluruh umat Islam.
Selamat meneruskan ibadah puasa.
No comments:
Post a Comment