Sekadar bersembang-sembang kosong, berkongsi cerita suka duka,minat,antik,dekor,masakan dan apa-apa saja.
Monday, 14 May 2012
MAKAN TENGAH MALAM.......
Apa mimpilah malam ni, pukul 10.00 malam baru membelek bahan nak buat makaroni bakar. Semua ni gara-gara anaklah yang bising lapar tak sudah-sudah. Walhal baru je, pukul 9.00 melantak nasi berpinggan-pinggan. Hairan betul, tak kenyang-kenyang. Biasalah ibu ni kan, walau malas teramat, masuk jugak ke dapur mencari apa yang patut. Pukul 11.15, baked macaroni keluar dari oven dengan bahan seadanya saja. Kalau nak menternak lebih lemak dan menebalkan kolestrolllll....... apa lagi, jom kita makan tengah malam! Ni lah hidangannya, yang tak cukup bahan......
Friday, 11 May 2012
DAPURKU BERASAP LAGI.........
Salam Jumaat. Sejak sekian lama, oven dan pengukus ku memang tersimpan rapi.Tuannya terlupa dah hobinya yang satu lagi ni. Memang malasss......Tetiba, seminggu dua ni, semangat datang balik. Dalam dok sibuk banyak kerja, tetap curi masa nak membaking, mengukus bagai..... Makannya taklah seberapa cuma meletihkan badan je. Tapi hati seronok pulak. Macam-macam idea datang. Ni projek semalam.
Ramai orang pandai buat moist chocolate cake ni. Dalam blog pun ada banyak resepinya. Saya selalu mencuba resepi dari blog tersohor saja seperti Secubit Garam, Ummi Kuantan, blog Hanieliza dan beberapa yang lain sebab confirm jadi.Tapi tentu tak samalah dengan yang mereka buat sebab mereka dah terbukti hebat, kita ni tahap amatur pun jauh lagi. Ni antara resepi yang saya perolehi dan selalu buat.Saya suka sebab guna self raising flour dan tak perlu tambah lagi soda bicarbonate. Soda bicarbonate ni kalau penggunaan banyak, saya kurang gemar rasanya. Terima kasih pada pencipta resepi.
Kek Chocolate Moist
Bahan-bahan:
- 250gm butter
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan gula perang
- 4 biji telur (A)
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan susu segar suam
- 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
- 3/4 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan gula perang
- 4 biji telur (A)
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan susu segar suam
- 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
- 3/4 cawan serbuk koko
Bahan-bahan choc ganache:
- 150gm coklat masakan
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/4 cawan air panas/susu cair
- 1 sudu besar butter
Cara Membuatnya:
1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila .
4. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi hingga gebu.
5. Masukkan susu dan tepung yang diayak secara selang-seli dan guna kaedah kaup balik
hingga adunan sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil.
7. Kukus selama 11/2 jam atau sehingga kek masak.Setelah sejuk, hiaskan dgn
choc ganache.
choc ganache.
Untuk membuat choc ganache:
Coklat masakan dipotong kecil, masukkan ke dalam periuk atau mangkuk.
Campur susu
pekat dan air panas/susu cair.
Masaklah cara double
boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Biarkan seketika supaya ganache tak terlalu cair.Tuangkan keatas kek tadi.
Wednesday, 9 May 2012
JOM MASAK - MASAK
Lama betul tak update blog. Kekurangan masa dan tak ada idea nak menulis juga. Hari ni tetiba teringat nak masak-masak pulak. Semalam makan apam polkadot kawan bagi. Sedap!. Maka rindulah pulak nak buat apam polkadot. Tunggu weekendlah jawabnya. Ini resepi yang saya ada, ambil dari blog, lama dah ni. Buat apom ni kadang-kadang lembut. Ada masanya keras sampai boleh baling dinding. Kena selalu buat baru tahu mana silapnya dan adjust sendiri. Terima kasih pada penyumbang resepi. Dari blog mana dah tak ingat.
APAM POLKADOT
275 gm tepung superfine
220 gm gula halus ( saya guna 180g je )
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa
Pewarna yang disukai
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa
Pewarna yang disukai
Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur putih sehingga
kembang .
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian hias dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian hias dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk
mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana
sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk
anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas
apam dan menyebabkan apam tidak cantik.
Friday, 27 April 2012
JUMAAT DATANG LAGI......
Assalamualaikum........Salam Pagi Jumaat. I am back again after missing for almost a week. Have been extremely busy for the past few days and no time for blogging. My mind has so many things running at the same time. But today, I am in a different mood. I can't wait for the weekend to come and take the time to rest. I lovee........ weekends. Can't wait to see my old friends again.
Harap-harap mereka datang semuanya ke Majlis Walimatul Urus esok. Kepada jiran yang juga rakan baik, saya ucapkan
' SELAMAT MENERIMA MENANTU '
Moga dengan bertambahnya ahli keluarga akan membawa limpahan rezeki dan rahmat dari Allah. Aminn....'
Ringkas saja dulu untuk pagi ini. Jumpa lagi.
Friday, 20 April 2012
SALAM PAGI JUMAAT
Jumaat datang lagi. Suasana pagi yang indah, hening dan syahdu.Sekejap saja masa berlalu, detik ke detik, hari ke hari, minggu ke minggu dan seterusnya. Sedar-sedar nanti dah beralih tahun pula. Begitulah putaran hidup kita dan umur kita pula semakin hari semakin meningkat. Hari-hari mengejar urusan dunia sedangkan amalan untuk ke 'sana' masih tersangat kurang. Bila teringat begini, terasa diri amat kerdil di sisi yang Maha Pencipta. Mudah-mudahan segala kebaikan yang dilakukan diterima olehNya dan segala keburukan diampunkan..Aminn.......
Selalunya, bila dah sampai Jumaat,rasa seronok berganda sebab dah sampai ke hujung minggu. Adalah cuti dua hari. Tapi hari ni, tak seperti kebiasaan sebab esok sekolah lagi. Ganti cuti
Hari Raya Aidil Adha. Wah! cuti nya nanti bukan main seronok tapi nak mengganti ni, mengeluh panjang.............
Thursday, 19 April 2012
PAGI YANG INDAH
What a beautiful Thursday morning! Hope the weather will be gorgeous too. Yesterday was a busy and tiring day for me. So, I have no plan for anything today but to just stay at home and relax. Nak melapangkan fikiran. Umur pun bertambah dari sehari ke sehari,jadi tak boleh lah kita stress or tension ke apa. Bersyukur kerana dikurniakan Allah kesihatan dan kebahagiaan hingga ke hari ini. Moga akan berkekalan hingga ke akhir hayat....amin........
Wednesday, 18 April 2012
SERONOKNYA CUTI
It,s already 11.45 pm. Belum mengantuk pun. Tak mengapa, esok cuti kann. Seronoknya. Hmm.. can,t wait for the mid-year school holidays!.... Kalau boleh, hari-hari nak cuti. Tapi rezeki kena cari jugak, Lagi pun tanggungjawab pada anak-anak didik ada lagi. Kena sabarlah dulu, wahai hati...Anyway, esok nak masak apa ye. I think roti jala will be good and kari ayam will be extra good for breakfast or minum petang. Kalau rajinlah. Kalau angin M melanda, ke longkanglah jawabnya.
Subscribe to:
Comments (Atom)



