Friday, 20 April 2012

SALAM PAGI JUMAAT







 Jumaat datang lagi. Suasana pagi yang indah, hening dan syahdu.Sekejap saja masa berlalu, detik ke detik, hari ke hari, minggu ke minggu dan seterusnya. Sedar-sedar nanti dah beralih tahun pula. Begitulah putaran hidup kita dan umur kita pula semakin hari semakin meningkat. Hari-hari mengejar urusan dunia sedangkan amalan untuk ke 'sana' masih tersangat kurang. Bila teringat begini, terasa diri amat kerdil di sisi yang Maha Pencipta. Mudah-mudahan segala kebaikan yang dilakukan diterima olehNya dan segala keburukan diampunkan..Aminn.......

Selalunya, bila dah sampai Jumaat,rasa seronok berganda sebab dah sampai ke hujung minggu. Adalah cuti dua hari. Tapi hari ni, tak seperti kebiasaan sebab esok sekolah lagi. Ganti cuti
Hari Raya Aidil Adha. Wah! cuti nya nanti bukan main seronok tapi nak mengganti ni, mengeluh panjang.............

No comments:

Post a Comment