Thursday, 6 September 2012

SEKADAR SEMBANG KOSONG...


Salam... Sehari dua ni terajin pula mengupdate blog. Maklumlah tak makan tengahari, jadinya tak payah sibuk nak masak lunch. Kebetulan, masih bulan raya, mood riang ria dan suka tengok yang cantik-cantik tu masih ada. Sejak semalam dok belek bunga-bunga yang ada kat blog orang. Terpegun sungguh. Cantik-cantik belaka.

             
             Taken from 'Aiken Home and Garden'....really luv the color and the simple arrangement...so
             beautiful!... 'copy and paste' from the blog.. thanks Carolyn.


              
                        ......and the teacup............memang ngam bila dipadankan.


                                                      .....and her garden.

Blog sendiri tiada bunga-bunga hidup. Tiada juga vantage atau teaset mahal-mahal. Yang ada cuma pinggan mangkuk lama yang disusun atur semula dan diulang tayang.



     Dah namanya blog tentang hobi, tayang jugalah yang lama ni sebab tak ada koleksi yang baru.
               
Tukar Channel..

Hari ni sudah menjangkau 19 Syawal. Terlalu cepat masa berlalu. Para bakal jemaah Haji pun sudah mula bersiap sedia nak berangkat ke tanah suci mulai akhir Syawal ini. Beruntunglah mereka yang terpilih pada tahun ni kerana khabarnya terlalu ramai yang masih menunggu giliran. Untuk yang berpeluang ke sana, mudah2an akan dikurniakan haji yang mabrur..insyaAllah. Bagi yang terpaksa menunggu lagi, bersabarlah, insyaAllah, masanya akan tiba juga.                












   


















Tuesday, 4 September 2012

CERITA HOBI LAGI....



Hobi saya memang banyak! Beberapa tahun lalu, membaca novel pun antara hobi di masa lapang saya. Tapi sekarang ia ditinggalkan perlahan-lahan memandangkan usia yang semakin meningkat. Tentunya membaca AlQuran dan buku agama jauh lebih berfaedah bagi orang yang seusia ini. Tapi jika bercuti panjang, ada masanya masih membaca juga satu dua yang dipinjam dari anak-anak buah. Jika minggu-minggu bekerja, memang padat betul jadual hingga tiada masa nak melayani hobi. Jadinya, bila pulang ke rumah, antara cara merehat dan melapangkan fikiran ialah dengan merenung  hasil kerja-kerja kraf dan dekor yang dibuat sendiri sebelum ini. Gambar-gambar cross stitch yang dibuat dulu tidak pernah jemu dipandang. Begitu juga dengan koleksi pinggan mangkuk lama(PML). Cuma sekarang tidak berupaya lagi untuk menambah koleksi PML ni sebab harganya sudah melambung tinggi. Bunga-bunga juga amat digemari tak kira yang hidup atau tiruan. Bila terlihat rakan baik, MM meletakkan gambar bunga di FB nya, hatiku jadi berbunga-bunga. 
Jadinya, memadailah dengan mencuci dan menggubah semula bunga tiruan yang ada di rumah ni. Namanya kan hobi.Nak membeli baru membazir pula. Basuh dan susun semulalah yang sedia ada ni. Selalunya akan dilakukan satu atau dua kali setahun. Inilah hasilnya yang dibuat sebelum Aidilfitri tempohari.












    

Sebenarnya, tak cantik mana pun tapi bagi seorang yang tak pro, amatur pun belum, ia sudah menceriakan hati ini. Kalau bunga fresh tentu lebih menarik tambahan jika ada garden sendiri yang dihiasi bunga-bunga hidup. Disebabkan minat yang inilah, saya amat suka berkunjung ke
Cameron Highland. Tak pernah jemu walau berulang kali. Tempat lain yang digemari sudah tentu SSF, Ikea dan A to Z sekadar mencuci mata.










Saturday, 1 September 2012

LAMANYA MENYEPI.....


Salam...

Dah lebih tiga minggu menyepi dari blog. Kesian rumahku ini tidak dipedulikan. Hari ni menggagahkan diri, membuang virus M yang melanda sekian lama. Harapnya masih ada yang sudi membaca cerita merapu meraban saya yang entah apa-apa. Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa saja yang sudi membaca blog ini. Raya kan sepanjang bulan Syawal. Kepada yang sedang menjalani ibadah puasa Enam bulan Syawal dan yang telah menyelesaikannya, semoga diterima ibadah dan beroleh ganjaran pahala yang Allah janjikan. Memang rugi  besar jika tidak dilakukan sekiranya kita berupaya.

Semalam, 31 Ogos, sempena cuti merdeka, rakan-rakan sekerja merancang berhari raya bersama-sama. Rumah saya tak tertinggal dari senarai mereka. Jadi kenalah menyediakan serba sedikit menu yang ringkas-ringkas untuk dihidangkan. Kelam kabut juga dibuatnya sebab semuanya dimasak sendirian maklumlah tak ada pembantu. Beginilah kalau tak ada anak perempuan dan menantu pula bekerja jauh. Buat semula choc chip cookies sebab kuih raya dah habis. Lepas tu, sediakan pula dua biji kek cheese yang dikukus dan dibakar ditambah dengan puding disamping menu utama. Mujurlah semuanya dapat diselesaikan sebelum tetamu datang mulai 10.30 pagi.




                   Ini lah saja juadah yang sempat disediakan. Macamana rasanya tak taulah.



                                         Wah! berposing sakan sebelum acara makan-makan.

       Cikgu Zainab dan adiknya yang banyak membantu mengemas dan mencuci pinggan mangkuk.    Terima kasih banyak-banyak.

                                       Giliran bertandang ke rumah cikgu Zubaidah.

                                Gelap pula gambar ni maklumlah guna handset saja.

Selesai jamuan raya, barulah terasa letih teramat sangat. Lenguh seluruh urat saraf. Tapi tak apalah sebab raya kan setahun sekali saja.  Terima kasih kepada yang banyak membantu mengemas kembali selepas jamuan terutama Anis, Zainab dan adiknya juga guru-guru praktikal UPSI. Kepada semua yang sudi datang, terima kasih banyak-banyak dan jangan serik ya.Pukul 3.45, saya bertolak pula ke Shah Alam sebab ada urusan keluarga. Sehingga hari ini, belum lagi sempat menjemput jiran-jiran rapat ke rumah sebab kekangan masa. Niat tu memang ada, harapnya adalah masa tu.

Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka!