Tuesday, 4 September 2012

CERITA HOBI LAGI....



Hobi saya memang banyak! Beberapa tahun lalu, membaca novel pun antara hobi di masa lapang saya. Tapi sekarang ia ditinggalkan perlahan-lahan memandangkan usia yang semakin meningkat. Tentunya membaca AlQuran dan buku agama jauh lebih berfaedah bagi orang yang seusia ini. Tapi jika bercuti panjang, ada masanya masih membaca juga satu dua yang dipinjam dari anak-anak buah. Jika minggu-minggu bekerja, memang padat betul jadual hingga tiada masa nak melayani hobi. Jadinya, bila pulang ke rumah, antara cara merehat dan melapangkan fikiran ialah dengan merenung  hasil kerja-kerja kraf dan dekor yang dibuat sendiri sebelum ini. Gambar-gambar cross stitch yang dibuat dulu tidak pernah jemu dipandang. Begitu juga dengan koleksi pinggan mangkuk lama(PML). Cuma sekarang tidak berupaya lagi untuk menambah koleksi PML ni sebab harganya sudah melambung tinggi. Bunga-bunga juga amat digemari tak kira yang hidup atau tiruan. Bila terlihat rakan baik, MM meletakkan gambar bunga di FB nya, hatiku jadi berbunga-bunga. 
Jadinya, memadailah dengan mencuci dan menggubah semula bunga tiruan yang ada di rumah ni. Namanya kan hobi.Nak membeli baru membazir pula. Basuh dan susun semulalah yang sedia ada ni. Selalunya akan dilakukan satu atau dua kali setahun. Inilah hasilnya yang dibuat sebelum Aidilfitri tempohari.












    

Sebenarnya, tak cantik mana pun tapi bagi seorang yang tak pro, amatur pun belum, ia sudah menceriakan hati ini. Kalau bunga fresh tentu lebih menarik tambahan jika ada garden sendiri yang dihiasi bunga-bunga hidup. Disebabkan minat yang inilah, saya amat suka berkunjung ke
Cameron Highland. Tak pernah jemu walau berulang kali. Tempat lain yang digemari sudah tentu SSF, Ikea dan A to Z sekadar mencuci mata.










2 comments:

  1. Amboi rajinnya meng'redo' @ re-arrange bunga2 ni, bolehlah pinjam;nak pakai untuk kenduri nanti,ya Naem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2. Tapi setau saya, Munah lagi terror bab mengarrange2 bunga ni, kalau setakat arrangement bodo ni, tak ada apa2 lah kan, sekelip mata je.

      Delete