Wednesday 17 July 2013


LAMANYA MENGHILANG ...KEMANA YA?

Oh! tidak kemana -mana... hanya mood berblog semakin menipis...nipis...

Salam...Selamat beribadat di bulan Ramadhan yang penuh barakah. Bulan yang lain pun kita beribadat juga tapi di bulan ini, kenalah gandakan lagi kerana pahalanya juga berganda-ganda (pesanan untuk diri sendiri sebenarnya). Lepas berbuka selalunya akan terasa letih ditambah dengan kekenyangan, sebab tulah kena selalu mengingatkan diri akan kelebihan bulan Ramadhan, jangan sampai ia berlalu sia-sia.

Tak lama lagi nak raya, jadi mula lah nak update resepi sebagai rujukan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang rajin nak membuatnya. Ada banyak versi resepi ni sebenarnya tapi perbezaan cuma sedikit-sedikit saja.. Saya dah cuba berbagai versi dan memang menjadi. Bezanya cuma dari segi kelembutan dan kemanisannya.

 

KEK KARAMEL

Bahan-Bahan:

2sudu gula pasir utk buat karamel
(tabur dalam loyang kek dan bakar dalam oven sampai berwarna kuning-coklat)
*Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Bahan A
300 gm susu cair
90 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanilla atau esen pandan
5 biji kuning telor gred A
*Kacau kesemuanya dalam satu mangkuk menggunakan whisk sahaja sampai gula hancur. *Kemudian tuang ke dalam loyang karamel yang telah pun sejuk tadi. Ketepikan.


Bahan B
70 gm gula pasir
3 biji kuning telor
*pukul dulu dengan tangan sebentar.

140 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
*ayak bersama.

135 gm air
45 gm minyak jagung.
*masukkan tepung dalam adunan telor sambil dikacau dengan whisk, tambah air sedikit-sedikit sampai adunan sebati. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan kacau sebati.

Bahan C
5 biji putih telor
70 gm gula pasir
½ sudu teh cream of tartar (saya ganti dengan secubit garam sebagai alternatif kerana bimbang cream of tartar tidak halal)
*Pukul perlahan dulu sekejap kemudian bergerak ke kelajuan paling tinggi sampai jadi meringue. Bila ditelungkup bekas, adunan tak jatuh.

Akhir sekali gaul B dan C sampai bersatu dan tuang ke dalam acuan berisi karamel tadi. Acuan jangan digris. Bakar secara kaedah steam-bath atau bain-marie.

2 comments:

  1. Saya suka sangat kek ni..tp tak pernah mencuba buat. Anak2 pula suka dngn puding caramel, tak kira apa perasapun..jadi memang nak kena tuition dngn Naemah ni....dulu, resepi simpan punya simpan, entah dah lupa letak kat mana.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak buat kek ni jgn guna minyak masak sbb nanti lagi x sihat. Dahlah telor banyak guna, kolestrol memang happy sangat melompat-lompat.

    ReplyDelete