Saturday, 20 October 2012

BER 'WEEKEND' d CAMERON / KL


Sekarang, jadi cikgu memang agak tension, kerja bertimbun-timbun. Belum habis yang satu, sudah datang yang lain. Selalunya, bertimpa-timpa pulak tu. Jadi, untuk meredakan kepala, setiap kali hujung minggu, mulalah berkira-kira nak menyenangkan hati. Jadilah, dapat bertenang selama 2 hari. Hari Isnin, tegang semula.

Dua minggu lepas ke Cameron Highlands. Saya memang suka sangat kalau ke sana. Keadaan redup di kelilingi tumbuhan hijau, sayur2an, ladang teh, strawberri dan bunga2an menyejukkan pandangan dan jiwa. Cuaca sejuk menjelang petang dan semakin sejuk pada malam hari memang saya sukai. Baliknya, adalah membeli sedikit sayuran dan karot. Hari ni baru menghabiskan karot tu.

               Kek karot yang dibuat pagi ni, ter'perang' sedikit keadaannya. Baru keluar oven.

   Dah di'topping'kan dengan cheese cream tapi punyalah hodoh. Kenalah 'make up' kan sikit dengan  strawberri kering. Kalau karot kering tak elok pulak.

          Siap sedia untuk dibaham oleh anak yang sedang bercuti panjang di rumah sekarang ni.       Rasanya, esok akan habislah ditelannya.







 Bunga-bunga berkembangan.

 Minggu lalu ke Puncak Alam dan Kuala Lumpur. Sempat juga berjalan-jalan sekadar mencuci mata.
 



                                                Penat jalan, singgah makan-makan pulak.

Minggu ni tak kemana-mana pun sebab dompet dah rabak dan teres sana-sini. Duduklah dulu senyap-senyap di rumah.

Selamat berhujung minggu......

2 comments:

  1. Salam...
    lama tak muncul dengan cerita terbaru...dah buat blog baru ke?

    ReplyDelete
  2. Blog lama ni pun tak terjengok-jengok. Biasalah, hangat-hangat taik ayam. Tengoklah, kut nak update resepi nanti.

    ReplyDelete