Sekadar bersembang-sembang kosong, berkongsi cerita suka duka,minat,antik,dekor,masakan dan apa-apa saja.
Wednesday, 12 September 2012
OPEN HOUSE...sambungan cerita.
Belum habis cerita tentang open house raya hari tu. Bukan istimewa sangat pun. Saja nak letakkan gambar-gambar yang belum ada untuk kenangan sendiri. Nak masukkan post lain, tak ada idea lah pula. Sejak kebelakangan ni, kerja banyak termasuk yang tertangguh sekian lama. Jadinya, bila balik rumah sudah keletihan. Bila letih, otak pun jadi kosong, tak dapat berfikir. Hanya gambar-gambar ni sajalah yang ada.
Hujung minggu ni cuti tiga hari. Bestnya, boleh rehat panjang sikit. Anak yang bongsu tu pun katanya nak balik. Kalau dia ada hujung minggu ni, maka akan adalah N3 masak-masak nanti.
Kalau tak ada tu, maknanya, ibunya malas dan makan di kedai saja.
Ni memang entry merapu betul. cukuplah setakat ni dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment