Tuesday, 12 June 2012

BUSY WEEKEND



Tiga hari tak update blog. Sangat-sangat busy. Awal pagi Sabtu bertolak ke Kampung Bahagia,
Teluk Intan, rumah sepupu yang kenduri kahwin. Rasa bersalah pula kalau sampainya lewat sebab masa kenduri kita dulu, ada di antara mereka yang sanggup bermalam. Selesai kenduri kendara tu, sambung pula perjalanan ke Shah Alam. Pukul 12.30 malam baru sampai ke rumah di sana. Bila dah lewat macam tu, sukarlah pula nak lelapkan mata. Sampai 2.30 am tak tidur juga lagi. Kesannya, badan rasa letih sangat.Tengahari Ahad wajib balik pula sebab nak kena kerja hari Isnin. Kalaulah masih cuti, mau tak balik dua tiga hari lagi.

Hari ini dah kena pergi kerja. Mood cuti belum habis lagi. Sebelum cuti, macam-macam plan nak dibuat dalam kepala. Kononnya nak kemas kawasan luar rumah, tapi sampai ke sudah hutan simpan tak terusik juga, walhal sekangkang kera saja pun. Konon, nak mengemas semua dalam rumah, nak ubah susun atur, tapi sampai hari ni dok tunggang langgang jugak. Konon, nak puasa seminggu penuh tapi jadi nya dua hari saja. Konon nak exercise lebih sikit tapi 20 minit pun tak sampai yang dibuat. Konon nak kemas buku-buku dan fail-fail semua dalam almari tapi tinggal berlonggok saja dalam bilik setor. Tak tau lah apa nak jadi. Setiap kali cuti,macam nilah, terlalu banyak kononnya! Satu pun tak menjadi.

Hari ni mood bekerja belum datang sepenuhnya. Kebiasaannya, sehari dua je yang tak bersemangat macam ni. Lepas tu, insyaAllah semuanya akan kembali normal. Shukurlah, ada juga cuti walau tak dapat melangsaikan semua yang dirancang.


                                        Anak-anak buah berposing sakan di Teluk Intan......


                                Kalaulah dapat beriadah di sini sambil makan-makan, tentu best kan...
                                                          

1 comment:

  1. Salam Naemah.
    Saya dh ziarah Ati semasa pergi kenduri SgSiput last week....maaf tak tunggu Naemah. Sekiranya dekat2, memang nak lebih kerap melawat, untuk bg sokongan moral & suntikan semangat buat mereka 3 beranak. Sedih, sebak dan terharu sangat.

    ReplyDelete