Wednesday, 16 May 2012

PET CATS


Both my sons love cats, kalau boleh nak bela kat rumah. But my husband hates them especially when they come to sit close to you when you have your meals. Dia cakap, bagi makan kucing kat belakang dapur tak apa. Jangan sesekali bawa masuk ke kawasan rumah. My eldest son selalu cakap terlalu besar pahalanya membela kucing dan memberi makan kucing terbiar. Duduk rumah taman ni memang kena jaga betul-betul kalau nak bela kucing terutama tempat buang najis nya.  Kenapa tiba-tiba cerita pasal kucing ni? Sebab tertengok gambar kucing-kucing kiut-miut ni…..  
 


                                               Gambar ehsan catspictures.com





                               Kalau dapat kucing yang demand macam ni, tak jadilah bela kucing.

Monday, 14 May 2012

MAKAN TENGAH MALAM.......



Apa mimpilah malam ni, pukul 10.00 malam baru membelek bahan nak buat makaroni bakar. Semua ni gara-gara anaklah yang bising lapar tak sudah-sudah. Walhal baru je, pukul 9.00 melantak nasi berpinggan-pinggan. Hairan betul, tak kenyang-kenyang. Biasalah ibu ni kan, walau malas teramat, masuk jugak ke dapur mencari apa yang patut. Pukul 11.15, baked macaroni keluar dari oven dengan bahan seadanya saja. Kalau nak menternak lebih lemak dan menebalkan kolestrolllll....... apa lagi, jom kita makan tengah malam! Ni lah hidangannya, yang tak cukup bahan......


Friday, 11 May 2012

DAPURKU BERASAP LAGI.........



Salam Jumaat. Sejak sekian lama, oven dan pengukus ku memang tersimpan rapi.Tuannya terlupa dah hobinya yang satu lagi ni. Memang malasss......Tetiba, seminggu dua ni, semangat datang balik. Dalam dok sibuk banyak kerja, tetap curi masa nak membaking, mengukus bagai..... Makannya taklah seberapa cuma meletihkan badan je. Tapi hati seronok pulak. Macam-macam idea datang. Ni projek semalam.




Ramai orang pandai buat moist chocolate cake ni. Dalam blog pun ada banyak resepinya. Saya selalu mencuba resepi dari blog tersohor saja seperti Secubit Garam, Ummi Kuantan, blog Hanieliza dan beberapa yang lain sebab confirm jadi.Tapi tentu tak samalah dengan yang mereka buat sebab mereka dah terbukti hebat, kita ni tahap amatur pun jauh lagi. Ni antara resepi yang saya perolehi dan selalu buat.Saya suka sebab guna self raising flour dan tak perlu tambah lagi soda bicarbonate. Soda bicarbonate ni kalau penggunaan banyak, saya kurang gemar rasanya. Terima kasih pada pencipta resepi.


Kek Chocolate Moist
 
 Bahan-bahan: 
- 250gm butter
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan gula perang
- 4 biji telur (A)
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan susu segar suam
- 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
-  3/4 cawan serbuk koko


Bahan-bahan choc ganache:


- 150gm coklat masakan
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/4 cawan air panas/susu cair
- 1 sudu besar butter


Cara Membuatnya: 


1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. 
3. Masukkan esen vanila .
4. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi hingga gebu.
5. Masukkan susu dan tepung yang diayak secara selang-seli dan guna kaedah kaup balik
    hingga adunan sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil.
7. Kukus selama 11/2 jam atau sehingga kek masak.Setelah sejuk, hiaskan dgn
 choc ganache.   
  
Untuk membuat choc ganache:

Coklat masakan dipotong kecil, masukkan ke dalam periuk atau mangkuk.
Campur susu pekat dan air panas/susu cair.
Masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. 
Biarkan seketika supaya ganache tak terlalu cair.Tuangkan keatas kek tadi. 










Wednesday, 9 May 2012

JOM MASAK - MASAK



Lama betul tak update blog. Kekurangan masa dan tak ada idea nak menulis juga. Hari ni tetiba teringat nak masak-masak pulak. Semalam makan apam polkadot kawan bagi. Sedap!. Maka rindulah pulak nak buat apam polkadot. Tunggu weekendlah jawabnya. Ini resepi yang saya ada, ambil dari blog, lama dah ni. Buat apom ni kadang-kadang lembut. Ada masanya keras sampai boleh baling dinding. Kena selalu buat baru tahu mana silapnya dan adjust sendiri. Terima kasih pada penyumbang resepi. Dari blog mana dah tak ingat.

APAM POLKADOT


275 gm tepung superfine  
 220 gm gula halus ( saya guna 180g je )
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa
Pewarna yang disukai

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang .
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian hias dengan warna  pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.